Magic Water F.A.Q
1. Berapa harga Magic Water dan Magic Water Motosikal di mana nak dapatkannya?
Harga Magic Water cuma RM 500 dan Magic Water Motosikal cuma RM 100 ia boleh didapati dari pengedar- pengedar Magic Water di seluruh Malaysia.
2. Kenapa mahal sangat?
Teknologi yang digunakan untuk menghasilkan Magic Water adalah teknologi tertinggi dari Jerman. Teknologi ini telah dibuktikan berkesan dengan penggunaan ke atas kereta lumba F1. Kini ia telah diformulakan semula untuk kereta dan motosikal biasa.
3. Bagaimana hendak menggunakan Magic Water?
Cara penggunaannya terlalu mudah. Anda cuma perlu menyembur sebanyak sepuluh kali bagi setiap lubang bateri dengan syarat kenderaan anda hendaklah diservis dahulu. (tukar minyak enjin dan penapis minyak)
4. Bagaimana Magic Water berfungsi?
Magic Water berfungsi dengan menukarkan plumbum yang telah terlarut di lantai bateri kepada ion. Kemudian, menarik plumbum tersebut untuk melekat kembali ke plet- plet plumbum di dalam bateri bagi membekalkan kuasa maksima kepada enjin kenderaan/motosikal. Tenaga bateri akan bertambah dan membekalkan tenaga yang kuat kepada palam pencucuh (spark plug) untuk mengeluarkan api yang membakar minyak dan udara di dalam enjin supaya minyak dapat dibakar secara menyeluruh. Enjin anda akan dapat lebih “pick up” dan secara tidak langsung menjimatkan minyak.
5. Berapa kali kita perlu letakkan Magic Water ke dalam bateri setahun?
Magic Water cuma perlu diletakkan sekali sahaja sehinggalah bateri anda tidak dapat berfungsi lagi. Anda hanya perlu menambah air bateri biasa bila perlu.
6. Berapa lamakah bateri dan Magic Water bertahan?
Bateri anda akan dapat bertahan sehingga Lima ke Sepuluh kali ganda dari biasa bergantung kepada penggunaan enjin dan penjagaan bateri.
7. Adakah enjin saya akan rosak kalau api dari spark plug terlalu kuat?
Enjin anda tidak akan rosak kerana api tersebut hanya membakar minyak di dalam enjin dan secara tidak langsung turut menghilangkan kotoran (karbon) di dalam enjin. Ini bermakna enjin anda bersih dan lancar.
8. Kenapa kereta saya keluar air menitik dari ekzos selepas penggunaan Magic Water?
Air yang menitik itu adalah wap air yang terbentuk dari proses pembakaran yang sempurna di dalam enjin. Jadi, kandungan karbon monoksida (asap hitam) yang biasa kita lihat di ekzos tidak kelihatan lagi.
9. Bagaimana jika terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada kenderaan saya disebabkan oleh penggunaan Magic Water?
Pihak kami hanya akan memulangkan semula wang pembelian Magic Water jika kenderaan anda diservis oleh pihak kami. Pihak Eightysix Technologies Sdn Bhd tidak akan menanggung sebarang kerosakan atas kecuaian pihak anda semasa penggunaan Magic Water.
10. Apa terjadi jika saya guna bateri baru?
Bateri baru memang digalakkan untuk mengguna Magic Water kerana ia akan dapat menghalang pembentukan “lead sulfate crystal” atau kristal putih yang biasa kelihatan di atas bateri.
11. Kenapa bateri keluar buih selepas penggunaan Magic Water?
Jika ini terjadi,bermakna plet bateri anda sudah terlalu haus atau ia sudah hampir luput. Jadi, anda dinasihatkan menukar bateri baru untuk dapat merasa kesan maksima dari Magic Water.

No comments:
Post a Comment